ii

Sunday, 18 December 2011

IstimewaNya Kamu Wahai WANITA

WANITA ..



Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki.ketika ditanya kepada rasullulah s.a.w, baginda menjawab kerana "ibu lebih penyayang dari ayah dan doa orang yang penyayang tidak akan di sia-siakan .


                                           

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
 Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
 Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

 Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 

 Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


 Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 

 Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh. 

. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".



 Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga. 

 Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.







Tarian Jari Jemari Mengungkai segala-galanya

Friday, 16 December 2011

praktikal ohh LI

Huh, klu d'kira ngn jari tinggl bpe j yg boleh tegak. argghhh !!!! 
19 / 12 / 2011 tarikh igauan bg ku



  cmne la praktikal nnt . mcm2 pkir ni . baek k empunya pengarah HOSPITAL 2.?? cmne plak rpe dy?garang k diorg??bpe rmai staff dlm pejabat 2,baek k diorg?? . rmai yg muda k "tua"? huh = =". bnyak persoalan dlm kepala ni.


                                                                         
Asik pkir org kt hospital 2 j . ak ni haa, blh k wt kerja, senang k nk bergaul ngn diorg sume , twu k nk becakap ble d'tnya , pandai k bawak dri , yela slalu 2 kn berteman . ade j mmbe g mnew2 . ni haa LI hadap la muka sendri,time susah k,senang k,hadap laa mke yg "comel" 2 sorg2 . perghhh !! pening pkir psal awak ni syg( LI) oii.. Npe laa poly ni xsruh g bukak kedai kecik2 tpi jalan 2 k, ambik tapak kt pasar mlm k jual brg . ni x,disuruhnya g praktikal kt tempt2 yg dh gler membangun. klu setakat praktikal kt pasar raya k aku snggup lg (pernah ade pengalaman) .hik3.. huh dh xtw ak nk ckp p,yg pasti mmg kne pergi. dimaki hamun k ,dipuji k , diteriak dr jaoh k .REDHA j la   
makkk !! . 

ni lah dy "si tempat" yg ak kne praktikal nnti
Hospital tuanku ampuan najihah,k.pilah

















Tarian Jari Jemari Mengungkai segala-galanya

SAHABAT


 “Aku mengenalmu melalui satu nama, memahamimu melalui satu renungan, mengingatmu melalui satu kenangan, dan menyayangimu melalui satu ukhuwah fisabilillah. Semoga Allah mengukuhkannya, hanya yang karena-Nyalah yang mampu bertahan.” 
DILAA


                                    

NADIA


















“Biarkan persahabatan kita mengalir seperti air yang menyejukkan, atau udara yang melegakan, atau bumi yang mengokohkan, atau api yang menggelorakan. Biarkan tumbuh seperti benih yang tersemai & bunga-bunga yang bermekaran. Bukan sekedar bahagia tapi bersama meraih surga.” 






AQILAH
AISYAH

“Dunia ini indah karena persaudaraan yang memberi tanpa batas. Ada sapa dalam sedih, kecewa dalam suka, makna dalam setiap kata-kata dan cermin dalam khilaf.Terima kasih karena membuat ukhuwah ini indah. Semoga kita selalu dalam lindungan-Nya.”


AEN





MIEJA



 SHIDAH

                                                                         

“Persahabatan itu seperti tangan dan mata. Saat tangan terluka, mata menangis. Saat mata menangis, tangan menghapusnya. Jaga selalu tangan agar tak terluka dan mata agar tak menangis


IKIN

SHILA
“Segi empat punya empat ujung, segi tiga punya tiga titik, sebuah garis punya titik awal dan akhir. Tapi aku berharap supaya persahabatan kita seperti lingkaran. Tahu Kenapa? Karena lingkaran tidak punya titik awal dan akhir.” 


 Terima kasih untuk sahabat-sahabatku di mana pun kalian berada.





Tarian Jari Jemari Mengungkai segala-galanya

Wednesday, 14 December 2011

~untukmu~

PeSanAn BuAt LeLaKi IdAmAn HaWa...
Lelaki idaman… 

Seorang lelaki yang aku idamkan 
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa… 
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha 
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi 
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah 
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya 

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran 
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran 
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan 
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran 
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran 

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil 
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman 
Pada wanita yang bukan mahramnya 
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya 
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya 
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya 
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya 
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran 
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi 

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa 
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat 
Papa memiliki akhlak mazmumah 
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan 
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia 
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya 
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri 
Dia mahu menjadi seorang syuhada 
Yang syahid di jalan Maha Esa


Tarian Jari Jemari Mengungkai segala-galanya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cuci mata :)